Rabu, 31 Oktober 2007

Seafud Mama Bedah, Pantai Penyabong

Sebagai pengenalan:

- Kedai nih dibuke pd waktu MALAM sahaja, jadi xdpat tgk pemandangan indah pantai di situ sbb gelap.

- Harga nya MURAH dan BANYAK berbanding kedai mkn seafood lain dan boleh dpt diskaun lagi kalo bawak besfrenku, Ahmad Firdaus kerana die merangkap muke boleh dpt diskaun.

- Makanan lautnya amat FRESH sbb dekat dgn laut n jeti, jadi menambahkan lagi kelazatan makan.

- Boleh pilih makanan lautnye sendiri, boleh pilih nak masak camner, boleh buat bising.

- Boleh jalan2, lepak2 kat jeti, boleh memancing, boleh tidor kat chalet berdekatan.


Kami kene bayar rm 160.00 (setelah dapat diskaun sbyk rm 9) utk DUA SET bagi lauk pauk seperti :
- ikan kaci msk 3 rasa
- ketam msk black pepper
- sotong goreng tepung
- udang bakar sambal
- kailan ikan masin
- gonggong masak pedas
- nasi putih
- minuman sejuk & panas



Sila lihat resit di bawah utk pembuktian bayaran.



Untuk panduan kengkawan yg nak try makan di situ, inilah peta jalan yg di lakar oleh ku.



Tak perlu risau, kerana utk pergi ke kedai Mama Bedah (bukan Pah Bedah), anda x perlu menaiki bot Seagull Express yg meletop itu di tengah laut berdekatan Mersing itu. Hanya naik kenderaan sendiri di daratan. Tapi berhati2 melalui kawasan Tanjung Resang kerana tiada lampu jalan dan jalan tar nya nya sedikit sempit.

Isnin, 15 Oktober 2007

Mohd Shah Nasi Baryani

Tidak lama dahulu, penulis berkesempatan untuk menjamu selera sambil berbuka puasa di Mohd Shah Nasi Baryani yang terletak di Medan Selera Peserai Batu Pahat. Seperti yang Cikgu Andy ceritakan, nasi beriyani di sini mmg sgt popular sehingga ke angkasa lepas (kalau Dr Sheikh pernah makan kat sini la...)

Pilihan menu yang terdapat di sini cuma dua, iaitu nasi beriyani kambing dan ayam. Harga? Murah saja, RM4.80 untuk kambing dan ayam penulis tidak tahu kerana tidak memesannya...

Cara ke sini? Mudah sahaja, Medan Selera Peserai terletak di antara Batu Pahat dan Muar, kalau melalui jalan ke Muar, ianya terletak selepas jambatan Sg Batu Pahat dan jika dari Muar, sebeleum jambatan tersebut..

Lihat shj gambar berkaitan:


Tiga ejaan: Beryani, Beriyani dan Baryani.. Yang mana betul? Semak kamus!


Kelihatan ramai pelanggan menunggu makanan mereka.


Para bulah yang terlibat.

Lauk ayam.

Lauk kambing.

Menunggu azan Maghrib.

Para bulah ditemuramah oleh krew RTM.

Penulis juga ditemuramah, tetapi tidak mengetahui untuk rancangan apakah temuramah tersebut.

TERBARU DARI SHAGGY!! (15/11/07) - xde ape mende pon, cume nak uplod video bulah..kalau xleh view, tunggu dlm 2-3 hari..

video