Rabu, 31 Oktober 2007

Seafud Mama Bedah, Pantai Penyabong

Sebagai pengenalan:

- Kedai nih dibuke pd waktu MALAM sahaja, jadi xdpat tgk pemandangan indah pantai di situ sbb gelap.

- Harga nya MURAH dan BANYAK berbanding kedai mkn seafood lain dan boleh dpt diskaun lagi kalo bawak besfrenku, Ahmad Firdaus kerana die merangkap muke boleh dpt diskaun.

- Makanan lautnya amat FRESH sbb dekat dgn laut n jeti, jadi menambahkan lagi kelazatan makan.

- Boleh pilih makanan lautnye sendiri, boleh pilih nak masak camner, boleh buat bising.

- Boleh jalan2, lepak2 kat jeti, boleh memancing, boleh tidor kat chalet berdekatan.


Kami kene bayar rm 160.00 (setelah dapat diskaun sbyk rm 9) utk DUA SET bagi lauk pauk seperti :
- ikan kaci msk 3 rasa
- ketam msk black pepper
- sotong goreng tepung
- udang bakar sambal
- kailan ikan masin
- gonggong masak pedas
- nasi putih
- minuman sejuk & panas



Sila lihat resit di bawah utk pembuktian bayaran.



Untuk panduan kengkawan yg nak try makan di situ, inilah peta jalan yg di lakar oleh ku.



Tak perlu risau, kerana utk pergi ke kedai Mama Bedah (bukan Pah Bedah), anda x perlu menaiki bot Seagull Express yg meletop itu di tengah laut berdekatan Mersing itu. Hanya naik kenderaan sendiri di daratan. Tapi berhati2 melalui kawasan Tanjung Resang kerana tiada lampu jalan dan jalan tar nya nya sedikit sempit.

2 ulasan:

or0 berkata...

makan x ajak..

isti berkata...

alah ko mn nak dtg mersing sejak bot meletop tuh..ko an takot hu3