Isnin, 24 September 2007

Sahibul Hikayat Si BULAH


Ramai yang masih sangsi dengan BULAH. Mungkin ada yang menduga BULAH ada kaitan dengan HASBULLAH AWANG, seorang pengulas sukan RTM. Namun begitu, BULAH tiada kaitan dengan mana² pengulas sukan termasuklah SHARKAWI JIRIM. Perkataan BULAH ini telah tercipta di Old Town Coffee BP Mall pada Tahun 2007 atas perlakuan seorang sahabat yang gemar makan dengan kuantiti yang banyak. Makan dengan kuantiti yang banyak ini adakalanya juga disebut MELANTAK, MENTEKEDARAH atau MELAHAP. Tapi yang terpilih di sini adalah MELAHAP. Pelaku kelakuan MELAHAP ini dikenali sebagai PELAHAP. JIka seorang yang boleh dianggap sebagai ketua, raja atau yang paling sekali juga layak digelar bapa. BAPA PELAHAP = ABU PELAHAP. Untuk meringkaskan frasa ABU PELAHAP, boleh saja dipanggil ABU LAHAP. Tapi kerana risau wujudnya pemesongan akidah dengan musuh agama iaitu ABU LAHAB, maka ABU LAHAP ini dipendekkan lagi menjadi ABU--><--LAHAP = ABULAHAP dan akhirnya mengambil perkataan yang di tengah² sahaja iaitu BULAH. Jika mahu bertemu dengan empunya diri, sahabat sekalian boleh hubungi talian ini 013-2571560.

0 ulasan: